Salam sejahtera.
Dalam
post yang sebelum ini saya telah menghuraikan 2
key point dalam topik ini. Pertamanya,
positive thinking dan keduanya tanggungjawab. Pada pendapat saya, kedua-dua nilai ini amat penting untuk menjadi lebih maju. Jadi, apa kata kalau saya teruskan dengan
point yang lain.
Kemajuan akan diukur dari pelbagai peringkat. Paling penting ialah kemajuan individu. Sekiranya setiap individu yang ada dalam sesebuah masyarakat telah maju dengan jayanya, nescaya keseluruhan masyarakat akan dianggap maju dengan jayanya. Ternyatalah bahawa kemajuan individu penting. "Saya sudah maju. Orang lain yang masih tidak maju dan mereka yang menyebabkan orang lain terus tidak maju." Maaf, anggapan ini ternyata salah. Jika ada individu yang beranggapan seperti ini, sebenarnya dia juga masih belum maju. Mengapa dia tidak membantu yang lain untuk maju seperti dirinya jika benar dia telah maju? Sikap seperti ini juga yang membantutkan kemajuan dalam masyarakat. Sikap menyalahkan orang lain dan sentiasa membenarkan diri sendiri.
Mungkin kita selalu beranggapan sedemikian. Tetapi cuba kita berfikir sejenak, mengapa saya sahaja yang maju? Bagaimana dengan yang lain? Betulkah saya sudah maju? Kita ambil contoh situasi di sebuah institusi pendidikan. Terdapat sekumpulan pelajar yang boleh dikatakan sebagai pelajar serba boleh. Mereka jugalah merupakan golongan pemimpin-pemimpin pelajar. Kita gelar mereka golongan A. Namun ada juga pelajar yang masih ketinggalan dalam pelbagai bidang, golongan B. Maka, dalam satu mesyuarat, golongan pendidik telah menyoal golongan A, mengapa prestasi pelajar masih dibawah prestasi yang dijangkakan. Maka jawablah ahli-ahli golongan A. "Kami sudah berikan yang terbaik, tapi ada segelintir pelajar yang masih melayang-layang dalam mimpi mereka. Jadi, bukan kami yang layak untuk menjawab pertanyaan sedemikian. Tanyalah mereka. Mereka yang menyebabkna pretasi kita masih kurang memberangsangkan."
Setelah sedemikian masanya, dipanggil pula golongan B. Ditanyakan soalan yang sama dan inilah jawapan mereka. "Erm, macam mana kami nak jadi lebih baik. Sedangkan guru-guru hanya memberi perhatian kepada golongan A sahaja. Kami ini seperti golongan terbuang sahaja. Ada atau tiada kami dalam kelas bukannya diberi perhatian pun." Para pembaca, suka saya untuk mengajak para pembaca berfikir sejenak tentang situasi ini. Pihak mana yang bersalah? Masing-masing menyalahkan pihak yang lain. mengapa perlu adanya sikap sedemikian? Sikap seperti inilah yang menyebabkan kita masih kurang maju. Jadi, apa yang sepatutnya diberitahu dalam situasi ini? Kita tidak seharusnya menyalahkan pihak yang lain. Cuba kita mengaku dengan kesalahan kita sendiri. Ya, memang sukar untuk mengaku kesalahan diri sendiri. Tetapi, bagaimana nak maju kalau ansyik menyalahkan pihak yang lain sahaja. Setelah kita menilai dan mengaku kesalahan atau kekurangan yang kita ada, barulah kita dapat merangka sesuatu yang baru untuk mengatasi segala masalah ini. Dengan cara ini, percayalah, kita akan dapat meng
upgrade diri sendiri.
Seterusnya, ingin saya huraikan mengenai
self confident. Perkara ini amatlah penting dalam diri setiap insan bergelar manusia.
Self confident ini selalunya akan dikaitkan dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan kerjaya seseorang, contohnya dalam
interview dengan majikan atau lain-lain. Dalam era globalisasi sekarang, kita perlu menyediakan diri sendiri untuk mencapai status
glocal. Istilah
glocal ini merujuk kepada kemampuan tempatan dalam sesuatu bidang secara global atau keseluruhannya. Contohnya dalam bidang perindustrian. Cuba kita lihat industri cendawan contohnya. Seorang usahawan tempatan telah berjaya menembusi pasaran global dengan hanya mengeluarkan cendawan. Tetapi, perlu diingat, untuk melakukan sesuatu secara besar-besaran bukan hanya melibatkan kuantiti, tetapi kualiti perlu dititikberatkan. Berbalik kepada isu
self confident, bagi mencapai kejayaan secara global, kita perlu yakin dengan diri kita sendiri.
Cuba kita nilai tahap
confident diri kita. Bagaimana? Mudah. Cuba anda pergi ke
shopping complex. Jika anda lelaki, cuba anda pergi ke bahagian pakaian wanita dan sebaliknya. Kemudian, tanyalah kepada
salesgirl/salesman tentang pakaian yang ada di situ seperti anda yang ingin membelinya. Berbuallah dengan
salesgirl/salesman tersebut mengenai pakaian yang ingin anda beli tersebut. Tanyalah tentang saiznya, potongannya dan harganya. Ingat, lakukan seperti anda yang ingin membeli pakaian tersebut. Lihat reaksi orang ramai di sekitar anda. Adakah anda berani? Atau cara yang lain, cuba anda bersama seorang rakan yang anda sendiri kurang rapat dengannya menilai diri masing-masing. Adakah anda akan berasa selesa? Jika tidak, bermakna
self confident anda masih kurang.
Dalam dunia yang tiada sempadan ini, kita akan berhadapan dengan pelbagai jenis manusia dan karenah. Kemajuan akan dicapai jika kita berani untuk berhadapan dengan semua jenis manusia. Tetapi, bagaimana caranya untuk membentuk
self confident? Tentulah dengan berkomunikasi, berani mencuba sesuatu yang baru, sentiasa berfikiran positif dan kadangkala juga kita tidak perlu berfikir terlalu panjang untuk membuat keputusan dalam hidup kita. Kaedah paling mudah untuk menilai
self confident kita ialah dengan cara muhasabah diri. Personaliti dan persiapan kita amat penting. Bercakap mengenai personaliti dan persiapan, cuba anda bandingkan antara dua situasi ini. Anda akan bertemu dengan
client yang amat penting untuk mendapatkan sebuah projek besar pada esok hari.
Situasi 1: Pada waktu malam sehari sebelum bertemu
client, anda menyiapkan diri dan segala keperluan termasuk
file untuk
presentation, kertas kerja untuk bertemu dengan
client berkenaan dan segala
document penting. Sehinggakan anda tertidur pada malam tersebut. Keesokan harinya, anda kelam kabut untuk menggosok baju, membersihkan diri dan sebagainya sehingga terlepas
breakfast.
Situasi 2: Pada malam yang sama, anda mencari pakaian yang sesuai, menggosok baju, menyiapkan segala
document, membersihkan diri seperti bercukur dan sebagainya sehingga anda puas hati dengan keadaan fizikal anda. Anda juga tidak menghadapi masalah ketika tidur dan keesokan harinya anda dapat menjamah
breakfast dengan tenang.
Pada pendapat anda, situasi yang manakah yang akan menyiapkan
self confident yang lebih tinggi? Ya! Tentulah situasi 2. Sebelum bertemu dengan
client tersebut, tentulah anda akan berasa fizikal anda telah segak/cantik/comel dan sebagainya. Apabila perasaan seperti ini ada pada diri kita, tentulah tekanan ketika bertemu dengan
client tersebut dapat dikurangkan. Bayangkan anda adalah seorang eksekutif yang pakaiannya sentiasa bersih, digosok, wangi dan sentiasa tersenyum. Tatkala itu, tentulah keyakinan dalam diri amat tinggi.
Confirmed! Tiada masalah untuk bertutur kata ketika bertemu dengan
client.
Jadi, ternyatalah bahawa personaliti, persiapan dan sebagainya penting untuk melahirkan individu yang maju.