Monday, March 17, 2008

Setiap Makhluk Perlu Bekerja Keras!!

Assalamualaikum..
Salam sejahtera..

Setelah sekian lamanya, barulah ada idea yang timbul. Kalau dilihatkan kepada hidup saya yang sekarang ini agak membosankan, saya dapat ilham daripada aktiviti saya setiap hari, menonton televisyen!
Seminggu yang lepas, saya telah memulakan semula kareer saya sebagai pengurus zoo! ZOO TYCOON. Permainan komputer yang benar-benar menguji kemahiran untuk menguruskan sesuatu perkara. Dalam permainan ini saya perlu menetapkan seorang zoo keeper bagi setiap haiwan yang saya ada. Kalau difikirkan, kehidupan haiwan berkenaan amat terjaga. Semua kehendak, makanan, persekitaran malah kesihatan haiwan berkenaan turut dijaga oleh zoo keeper berkenaan.


White Bengal Tiger

Setiap hari, permainan ini diselang-selikan dengan menonton discovery channel, animal planet dan yang sewaktu dengannya. Ternyatalah makhluk memang perlu kerja keras untuk kehidupan yang dapat memuaskan diri sendiri. Cuba kita fikir, seekor bengal tiger perlu berlapar selama beberapa hari sebelum dapat mencari mangsa yang seterusnya. Spesis ini adalah spesis yang terancam dan hampir pupus. Di negara kita sahaja, bilangannya sudah dapat dikira. Cuba kita ambil contoh burung hering pula. Burung ini hanya akan memakan mangsa yang telah mati. Dalam habitat di kawasan savannah field, bukanlah mudah untuk mencari mangsa yang telah mati. Kalau ada pun, tentulah mereka perlu berkongsi dengan haiwan-haiwan yang lain seperti dubuk, harimau, helang, biawak dan pelbagai pemangsa yang lain.
Bayangkan seekor anak kerbau yang mati. Bangkainya sahaja akan dikongsi pelbagai spesis. Manakala dalam spesis yang sama, bilangannya juga bukannya satu atau dua sahaja. Cukupkan bangkai seekor anak kerbau yang kurus untuk semua. Tentunya mereka perlu berkongsi sesama sendiri. Bagaimana pula dengan kesihatan haiwan liar. Statistik menunjukkan kebanyakan orang utan mengalami masalah patah tulang tangan kerana jatuh dari pokok. Luar biasa? Tetapi fakta ini benar. Bayangkan haiwan yang sepatutnya berada di atas pokok mengalami patah tangan. Tentulah kehidupannya amat perit.

Sekarang, mari kita buka minda kita. Fikir secara terbuka. Adakah haiwan di zoo itu selesa dengan keadaannya? Ya, tentulah segala keperluannya disediakan. Pemakanan terjaga tidak perlu berlapar, kesihatan sentiasa terjaga. Tapi, cuba kita fikir semula. Adakah haiwan tersebut berasa bebas untuk berlari atau melakukan apa sahaja? Kalau kita lepaskan haiwan di zoo ke hutan, adakah dia dapat hidup berdikari? Mungkin ya dan mungkin tidak!
Jadi, nyatalah, makhluk di muka bumi ini memang perlu bekerja keras untuk mencapai kehendak kita. Jadikanlah persekitaran kita sebagai pendorong kita. Fikirlah secara lebih terbuka. Jangan ambil mudah dengan apa-apa yang ada di sekeliling kita.

No comments: