Alhamdulillah ak dianugerahkan dgn akal dan minda..
tapi saat ini..ak terasa mahu meleraikan semua kekusutan dlm kepala ni, cuma mahu baring, pejamkan mata, tnpa memikirkan apa2..i just want to feel an empty mind. setiap kali mahu melenakan diri ini..mata terpejam, badan berbaring..otak masih memikirkan pelbagai karenah perkara..tak kiralah yg baik buruknya perkara itu..
mungkin itu yg menyukarkn ak utk lelap..tp, knapa? adakah perubahan ketara masa tidur ini menjejaskan segalanya? jam semulajadi badan ini mungkin keliru dgn masa sebenar. ya, aku menyubahnya..tp, ak lakukan semua ini dgn nawaitu kearah kebaikan..
Ya Allah, bantulah hambaMu yg lemah ini. Tatkala aku senang, ak tahu ak selalu lupa..ketika ak susah, ak semakin menjadi hina. Terimalah perubahanku..ak berusaha membiarkan apa shj kata manusia, kerana ak tahu manusia itu bukan tahap capaian mutlak ku utk memperbetulkan semuanya. Hanya Engkau yg berkuasa terhadap hambamu..permudahkanlah urusan hamba2mu. Aku tahu aku baru tersedar, aku bersyukur kpd Engkau yg menyedarkanku, dan jgnlah kau jadikan kesedaran ini lewat utk diriku..terhadap Engkaulah capaian mutlak hidupku. Hanya kepada Engkau aku memohon keampunan dengan rahmatMu. Tenangkanla hati ini ya Allah, tenangkanlah, tenangkanla sepertimana Engkau tenangkan suasana subuh bumiMu ini. Amin.
Ramadhan baru berakhir, Syawal masih disini..tp terasa sudah lama meninggalkan Ramadhan. tidakkah hati kita sudah terasa rindunya Ramadhan. Adakah kita akn bertemu lagi dgn Ramadhan yg akn dtg?
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar, Lailahaillallah.
No comments:
Post a Comment