1. Sebelum 6 Mei 1954, tidak ada pelari yang dapat berlari sejauh 100m dalam waktu kurang dari 4 minit. Berlari 100m dalam waktu 4 minit dianggap mustahil. Hingga Roger Bannister mencuba dan memecahkan pemikiran mustahil tersebut dengan berlari sejauh 100m dalam waktu 3 minit 59 detik! Apa yang terjadi setelah itu, pada tahun yang sama, beberapa pelari lain berjaya melepasi larian 100m dalam masa kurang dari 4 minit. Tahun-tahun yang seterusnya lebih banyak pelari berhasil memecahkan rekod 4 minit tersebut!
2. Lipas dapat hidup sepuluh hari tanpa kepala sebelum akhirnya mati kerana kelaparan.
3. Anda tidak dapat menjilat siku anda sendiri.
4. Kerana tidak dapat memberi makan ketika bayi, parents Jackie Chan ingin menjual Jackie dengan harga US$26 kepada doktor yang mengantarnya. Pada umur 7 tahun, Jackie bekerja di Academy of Chinese Opera selama lebih dari 10 tahun, dari jam 5 pagi sampai tengah malam, tujuh hari seminggu. Sekarang Jackie menjadi film star besar Hong Kong dengan penghasilan besar di Amerika, hampir US$50 juta setahun.
5. Thomas Alfa Edison hanya berpendidikan formal selama 3 bulan, ia telah menjadi seorang pencipta terkenal sepanjang zaman. Ketika meninggal dunia dia memegang lebih dari 1300 hak paten AS dan negara asing.
6. Ketika Albert Einstein kecil, dia kurang pandak berkomunikasi dan ketika sekolah dia jarang belajar. Ketika sesi pembelajaran, dia suka tidur dan terlalu banyak bertanya sehingga dianggap abnormal oleh gurunya. Ketika berumur belasan tahun Einstein tidak tamat sekolah tinggi dan kemudian gagal dalam ujian kemasuk Sekolah Politeknik Zurich, Swiss.
7. Setelah 55 tahun menjadi karyawan dan tidak memiliki karya yang membanggakan, Harald Sanders mengeluarkan resepi ayam goreng dan mendirikan Kentucky Fried Chicken pada usia 66 tahun.
8. Shakespeare, pengarang terbaik di dunia adalah seorang yang lumpuh.
9. Presiden Amerika ke-16, Abraham Lincoln, pernah bekerja sebagai pemotong rel kereta api, pengemudi kapal laut, posman, dan juru ukur.
10. Purata sebatang pensel boleh melakar garisan lurus sepanjang 56 km atau menulis 50,000 perkataan. America menghasilkan dua bilion batang pensel setiap tahun. Jika kesemua pensel itu digunakan utk membuat garisan lurus ia boleh membuat bulatan mengelilingi bumi sebanyak 9 kali.
11. Bunyi yang dikeluarkan apabila anda mematahkan-matahkan sendi tangan, jari atau kaki adalah disebabkan oleh letupan buih di dalam sendi itu.
12. Di Albania, menggelengkan kepala bermaksud 'ya' dan menggangguk bermaksud 'tidak'.
13. Kebanyakkan debu yang berterbangan di dalam rumah datangnya dari sel-sel kulit kita yang mati.
14. Kandungan emas di laut adalah 200 kali ganda lebih banyak berbanding di daratan.
15. Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali dalam tempoh 24 jam.
16. Setiap langkah ke hadapan, anda terpaksa menggerakkan 54 otot dalam tubuh badan.
17. Tekanan jantung manusia semasa mengepam darah adalah cukup kuat sehinggakan setiap pancutan boleh memancutkan darah sejauh 9 meter.
18. Setiap hari darah beredar sejauh 180,000 Km dalam tubuh manusia.
19. Ikan emas adalah satu-satunya haiwan yang dapat melihat cahaya inframerah dan ultraungu.
20. Terdapat banyak spesies labah-labah yang sanggup mengorbankan tangan dan kaki utk dimakan anak-anaknya yang baru menetas. Langkah ini adalah utk mengelakkan anak-anaknya itu daripada memakan sesama sendiri.
Sunday, February 24, 2008
Friday, February 22, 2008
Kenapa kita kurang maju? 2
Salam sejahtera.
Dalam post yang sebelum ini saya telah menghuraikan 2 key point dalam topik ini. Pertamanya, positive thinking dan keduanya tanggungjawab. Pada pendapat saya, kedua-dua nilai ini amat penting untuk menjadi lebih maju. Jadi, apa kata kalau saya teruskan dengan point yang lain.
Kemajuan akan diukur dari pelbagai peringkat. Paling penting ialah kemajuan individu. Sekiranya setiap individu yang ada dalam sesebuah masyarakat telah maju dengan jayanya, nescaya keseluruhan masyarakat akan dianggap maju dengan jayanya. Ternyatalah bahawa kemajuan individu penting. "Saya sudah maju. Orang lain yang masih tidak maju dan mereka yang menyebabkan orang lain terus tidak maju." Maaf, anggapan ini ternyata salah. Jika ada individu yang beranggapan seperti ini, sebenarnya dia juga masih belum maju. Mengapa dia tidak membantu yang lain untuk maju seperti dirinya jika benar dia telah maju? Sikap seperti ini juga yang membantutkan kemajuan dalam masyarakat. Sikap menyalahkan orang lain dan sentiasa membenarkan diri sendiri.
Mungkin kita selalu beranggapan sedemikian. Tetapi cuba kita berfikir sejenak, mengapa saya sahaja yang maju? Bagaimana dengan yang lain? Betulkah saya sudah maju? Kita ambil contoh situasi di sebuah institusi pendidikan. Terdapat sekumpulan pelajar yang boleh dikatakan sebagai pelajar serba boleh. Mereka jugalah merupakan golongan pemimpin-pemimpin pelajar. Kita gelar mereka golongan A. Namun ada juga pelajar yang masih ketinggalan dalam pelbagai bidang, golongan B. Maka, dalam satu mesyuarat, golongan pendidik telah menyoal golongan A, mengapa prestasi pelajar masih dibawah prestasi yang dijangkakan. Maka jawablah ahli-ahli golongan A. "Kami sudah berikan yang terbaik, tapi ada segelintir pelajar yang masih melayang-layang dalam mimpi mereka. Jadi, bukan kami yang layak untuk menjawab pertanyaan sedemikian. Tanyalah mereka. Mereka yang menyebabkna pretasi kita masih kurang memberangsangkan."
Setelah sedemikian masanya, dipanggil pula golongan B. Ditanyakan soalan yang sama dan inilah jawapan mereka. "Erm, macam mana kami nak jadi lebih baik. Sedangkan guru-guru hanya memberi perhatian kepada golongan A sahaja. Kami ini seperti golongan terbuang sahaja. Ada atau tiada kami dalam kelas bukannya diberi perhatian pun." Para pembaca, suka saya untuk mengajak para pembaca berfikir sejenak tentang situasi ini. Pihak mana yang bersalah? Masing-masing menyalahkan pihak yang lain. mengapa perlu adanya sikap sedemikian? Sikap seperti inilah yang menyebabkan kita masih kurang maju. Jadi, apa yang sepatutnya diberitahu dalam situasi ini? Kita tidak seharusnya menyalahkan pihak yang lain. Cuba kita mengaku dengan kesalahan kita sendiri. Ya, memang sukar untuk mengaku kesalahan diri sendiri. Tetapi, bagaimana nak maju kalau ansyik menyalahkan pihak yang lain sahaja. Setelah kita menilai dan mengaku kesalahan atau kekurangan yang kita ada, barulah kita dapat merangka sesuatu yang baru untuk mengatasi segala masalah ini. Dengan cara ini, percayalah, kita akan dapat mengupgrade diri sendiri.
Seterusnya, ingin saya huraikan mengenai self confident. Perkara ini amatlah penting dalam diri setiap insan bergelar manusia. Self confident ini selalunya akan dikaitkan dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan kerjaya seseorang, contohnya dalam interview dengan majikan atau lain-lain. Dalam era globalisasi sekarang, kita perlu menyediakan diri sendiri untuk mencapai status glocal. Istilah glocal ini merujuk kepada kemampuan tempatan dalam sesuatu bidang secara global atau keseluruhannya. Contohnya dalam bidang perindustrian. Cuba kita lihat industri cendawan contohnya. Seorang usahawan tempatan telah berjaya menembusi pasaran global dengan hanya mengeluarkan cendawan. Tetapi, perlu diingat, untuk melakukan sesuatu secara besar-besaran bukan hanya melibatkan kuantiti, tetapi kualiti perlu dititikberatkan. Berbalik kepada isu self confident, bagi mencapai kejayaan secara global, kita perlu yakin dengan diri kita sendiri.
Cuba kita nilai tahap confident diri kita. Bagaimana? Mudah. Cuba anda pergi ke shopping complex. Jika anda lelaki, cuba anda pergi ke bahagian pakaian wanita dan sebaliknya. Kemudian, tanyalah kepada salesgirl/salesman tentang pakaian yang ada di situ seperti anda yang ingin membelinya. Berbuallah dengan salesgirl/salesman tersebut mengenai pakaian yang ingin anda beli tersebut. Tanyalah tentang saiznya, potongannya dan harganya. Ingat, lakukan seperti anda yang ingin membeli pakaian tersebut. Lihat reaksi orang ramai di sekitar anda. Adakah anda berani? Atau cara yang lain, cuba anda bersama seorang rakan yang anda sendiri kurang rapat dengannya menilai diri masing-masing. Adakah anda akan berasa selesa? Jika tidak, bermakna self confident anda masih kurang.
Dalam dunia yang tiada sempadan ini, kita akan berhadapan dengan pelbagai jenis manusia dan karenah. Kemajuan akan dicapai jika kita berani untuk berhadapan dengan semua jenis manusia. Tetapi, bagaimana caranya untuk membentuk self confident? Tentulah dengan berkomunikasi, berani mencuba sesuatu yang baru, sentiasa berfikiran positif dan kadangkala juga kita tidak perlu berfikir terlalu panjang untuk membuat keputusan dalam hidup kita. Kaedah paling mudah untuk menilai self confident kita ialah dengan cara muhasabah diri. Personaliti dan persiapan kita amat penting. Bercakap mengenai personaliti dan persiapan, cuba anda bandingkan antara dua situasi ini. Anda akan bertemu dengan client yang amat penting untuk mendapatkan sebuah projek besar pada esok hari.
Situasi 1: Pada waktu malam sehari sebelum bertemu client, anda menyiapkan diri dan segala keperluan termasuk file untuk presentation, kertas kerja untuk bertemu dengan client berkenaan dan segala document penting. Sehinggakan anda tertidur pada malam tersebut. Keesokan harinya, anda kelam kabut untuk menggosok baju, membersihkan diri dan sebagainya sehingga terlepas breakfast.
Situasi 2: Pada malam yang sama, anda mencari pakaian yang sesuai, menggosok baju, menyiapkan segala document, membersihkan diri seperti bercukur dan sebagainya sehingga anda puas hati dengan keadaan fizikal anda. Anda juga tidak menghadapi masalah ketika tidur dan keesokan harinya anda dapat menjamah breakfast dengan tenang.
Pada pendapat anda, situasi yang manakah yang akan menyiapkan self confident yang lebih tinggi? Ya! Tentulah situasi 2. Sebelum bertemu dengan client tersebut, tentulah anda akan berasa fizikal anda telah segak/cantik/comel dan sebagainya. Apabila perasaan seperti ini ada pada diri kita, tentulah tekanan ketika bertemu dengan client tersebut dapat dikurangkan. Bayangkan anda adalah seorang eksekutif yang pakaiannya sentiasa bersih, digosok, wangi dan sentiasa tersenyum. Tatkala itu, tentulah keyakinan dalam diri amat tinggi. Confirmed! Tiada masalah untuk bertutur kata ketika bertemu dengan client.
Jadi, ternyatalah bahawa personaliti, persiapan dan sebagainya penting untuk melahirkan individu yang maju.

Thursday, February 21, 2008
Kenapa kita kurang maju?
Assalamualaikum.
Kenapa kita kurang maju? Inilah persoalan yang ingin saya huraikan berdasarkan pendapat saya dan pemerhatian saya sendiri.
Mula-mula sekali, marilah kita sama-sama lihat atau cermin diri kita sendiri, adakah kita sudah maju? Istilah maju di sini bukanlah dari sudut materialisasi sahaja. Kita perlu lihat dari pelbagai sudut seperti dari sudut sosialnya, material, keagamaan dan lain-lain. Kalau kita rasa kita sudah mencapai kemajuan dari segi harta benda, bagaimana dengan tingkahlaku kita, personaliti kita, sikap kita? Adakah kita ini sentiasa disenangi oleh semua rakan-rakan ataupun orang yang berada di sekeliling kita ini?
Bagi menjawab persoalan ini, amatlah penting bagi kita untuk menilai diri kita dengan jujur. Jika tidak mampu untuk menilai diri sendiri, mintalah bantuan daripada rakan-rakan ataupun orang yang kita rasa mudah untuk dekati dan bersama. Dengan adanya insan kedua ini, mintalah bantuan mereka untuk menilai diri kita sendiri. Tanyalah mereka tentang personaliti kita dan mintalah setiap perkara pro dan consnya. Mungkin kita akan terasa sedikit kecewa dengan pendapat yang kita peroleh. Tetapi, janganlah cepat melatah. Jangan cepat menunding jari kearah perkara yang lain untuk mengelak daripada menerima pendapat berkenaan. Positive thinking. Inilah perkara pertama yang ingin saya tekankan dalam coretan kali ini.
Kebanyakan individu tidak mahu mengalah. Mereka sentiasa mencari alasan untuk diri mereka sendiri walaupun kadangkala mereka sendiri telah buntu. Menegakkan sesuatu yang tidak sepatutnya ditegakkan. Mengapa tidak mengalah sahaja? Orang yang melakukan kesilapan dan mengaku dengan kesilapannya adalah manusia biasa. Tetapi, orang yang menegakkan kesilapannya bukanlah umat manusia yang berkualiti. Dia tidak mahu mengalah semata-mata bimbang kredibilitinya terjejas. Misalnya seseorang itu mendapat kritikan tidak romatik. Apa jawabnya? "Erm, suasana xbest la. Ramai orang, kelam-kabut sangat. Camne nak romantik." Cuba kita fikir, mengapa perlu disalahkan suasana, orang lain? Sedangkan diri sendiri memang tidak romatik. Untuk maju, tentulah kita perlu melakukan perubahan. Sikap sebeginilah yang menghalang kita untuk berubah. Kita terlalu confident bahawa kita selalunya betul.
Kita pergi ke situasi yang lebih terbuka. Misalnya, perancangan majlis. Pelbagai idea dikeluarkan semasa mesyuarat. Ada ahli yang mengeluarkan pendapat untuk menjemput band terkenal. Mungkin ade sesetengah pihak yang berpendapat seperti ini. "Erm, susahla. Nak kena contact pengurus band tu la. Pastu nanti, nak ke diorang datang ke majlis kita ni. Bayaran camne, mesti mahal punye. Dahla majlis kita ni kecil-kecilan je." Mengapa perlu berfikiran seperti ini. Kalau pemikiran seperti ini ada, alamatnya tak jadilah majlis berkenaan. Setiap perkara dalam dunia ini ada kemungkinannya. Terpulang kepada individu untuk memikirkan setiap kemungkinannya dari mana-mana sudut. Namun, pemikiran dari sudut negatif seperti yang dicontohkan dia atas sudah semestinya akan mencacatkan setiap perancangan. Jadi, bagaimana nak maju kalau fikir negatif sahaja? Saat inilah kita perlu mengubah diri kita sendiri. Think positively. Bak kata moto jenama sukan, impossible is nothing. Semua perkara boleh dicapai jika usahanya cukup dan bertepatan. Kalau dirujuk situasi sebentar tadi, lebih elok jikalau hubungi sahaja pengurus band berkenaan dan lihat pada budi bicaranya. Tentu keputusan yang lebih baik dapat dicapai. Tidajk perlulah berfikir terlalu panjang.
Tamadun tidak akan berdiri dengan sendirinya tanpa pemimpin. Tugas sebagai pemimpin bererti membawa tanggungjawab yang amat tinggi. Istilah pemimpin ini bukan sahaja merujuk kepada pemimpin seperti Perdana Menteri, wakil rakyat atau bos di pejabat. Setiap manusia dilahirkan untuk menjadi pemimpin. Paling mudah sekali ialah pemimpin kepada diri sendiri, kemudian keluarga, rakan-rakan dan seterusnya. Untuk menjadi pemimpin yang baik, istilah bertanggungjawab perlu ada dalam diri setiap umat manusia. Sikap seperti, "Nantilah! Kejapla! Sat agi! Lepas ni la! Besok la!" perlu dikikis dalam diri kita. Sikap seperti inilah yang membawa kepada penyakit manusia iaitu lupa. Jangan sesekali menangguhkan kerja kita. Penangguhan akan menyempitkan lagi masa kita, bukannya dapat melegakan masa kita. Mungkin kita akan berasa sedikit lega, tetapi hanya untuk seketika.
Jadi, marilah kita bersama-sama melakukan perubahan terhadap diri kita sendiri. Kupasan tajuk ini akan saya sambung kemudian.

Subscribe to:
Posts (Atom)