Tuesday, December 10, 2013

Alien`s human

Assalamualaikum..

Selesai kelas utk hari ni.

kelas ape?
デザイン材料..atau dlm bhsa lainnya, Design Material.

Blaja ape dlm klas ni?
blaja psl material la..kayu, besi2, carbon dll.

tp harini sensei ade tnjuk satu dokumentari NHK berkaitan Spaceship Earth. Idea spaceship Earth ni adalah dr seorang org tua bernama Buckminster Fuller. Dia mengatakan bahawa bumi ini umpama sebuah spaceship tp xde operation manual. Pada 24 Disember 1968, Apollo 8 telah menangkap gambar `Rising earth` dari angkasa lepas.

Source : wikipedia

Gambar ats ni la yg dikatakan `rising earth` tu. Bumi umpama sebuah kapal angkasa. Jadi byk buku2 yang terbit dari idea ni. mcm2la idea untuk lengkapkan `operation manual` kapal angkasa bumi ni.

Tapi, yg menarik perhatian aku bukanlah whole idea of spaceship earth ni, tapi disebalik earth itu sendiri. Kejadian bumi itu sendiri membuatkan aku terfikir. Cuba kita ikot peredaran masa ni.

Bumi terbentuk asalnya drpd magma yang menyejuk dan akhirnya membentuk tanah dan daratan.
Kemudian, hujan menurunkan air membentuk lautan.
Drpd wujudnya daratan dan lautan ni, mikroorganisma telah membiak dan transformasi berlaku, wujudlah haiwan2 dan juga tumbuh2an.
Setelah itu, lengkaplah keadaan bumi seperti sekarang. Dengan adanya haiwan dan tumbuh2an.
Dengan adanya energy drpd matahari, organisma dalam bumi telah membiak dan berevolusi mengikut keperluan masing2, dengan ini terhasillah spesis yg bermacam.

Energy drpd matahari menyebabkan tumbuhan hidup, kemudian adanya haiwan pemakan tumbuhan. Herbivor. Karnivor pula wujud menjadi pemangsa kepada herbivor. Begitulah putaran rantai makanan yg sedia ada dalam bumi ini. Kalau difikirkan , rantai makanan ini dah stabil untuk bumi ni sendiri.

Kemudian, Allah telah turunkan Adam dan Hawa ke muka bumi ini. Manusia itu asalnya daripada syurga, bukanlah berasal dari evolusi mikroorganisma atau berok. Cuba kita fikirkan, apa jadi kalau kita masokkan spesis ikan baru dalam sebuah kolam. Seperti yang terjadi di beberapa sungai atau kolam di seluruh dunia, antaranya di Amerika. Spesis baru ikan ini akan menggangi rantai makanan sedia ada dalam kolam atau sungai tersebut. akibatnya, keadaan sungai tersebut terjejas.

Kita cuba jelaskan lagi dengan contoh. Sungai A ada tumbuhan 1, Ikan 1 dan Ikan 2. Kemudian, kita masokkan Ikan 3 dalam kolam tersebut.

Ikan 2 > Ikan 1 > Tumbuhan 1  (Rantai makanan normal)

Ikan 3 > Ikan 2 > Ikan 1 > Tumbuhan 1
Ikan 3 > Ikan 1 > Tumbuhan 1

Jadi, bilangan ikan 1 dan 2 terjejas terok kerana Ikan 3 makan dorg. Ikan 3 pulak xleh mkn Tumbuhan 1. Bila Ikan 1 dan 2 dah xde, Ikan 3 dh xde mknn, so rantai makanan tasik tu dh terpecah.


Begitulah juga dengan manusia, kita sampai di muka bumi ini umpama Ikan 3 masok ke kolam. tapi kt sini ada persoalannya...

1. Adakah kita tidak membawa perubahan kepada bumi?
2. Adakah kita sama seperti Ikan 3?
3. Adakah kita lebih teruk dari Ikan 3, yakni kita menjadi perosak?


Ingat balik, manusia tu asalnya dari syurga, kita menumpang di bumi ni. Firman Allah, manusia itu khalifah di muka bumi. Jadi, mengapa kita yg menjadi penumpang ni nk rosakkan semulajadi bumi itu sendiri. Kalau tgk cerita2 alien, mereka sbg pendatang asing, dtg bumi dan akan rosakkan bumi kita. Then, manusia akan marah dgn tindakan alien2 tu.

Kita xsedar ke, kita ni pn sbnrnya alien kt bumi ni. hidupan sedia ada atas muka bumi inilah penduduk asal bumi. Kita dgn alien tu pn xde bezanya, mgkin la alien tu akan bertindak melampau smpi nak hancurkan bumi dalam masa yg singkat.

Fikir2kanlah..kita ni pn alien jugak. jgn dok rosakkan bumi ni sgt.

Plus, kita dari syurga, jom kita berusaha untuk pulang teros ke syurga suatu hari kelak. InsyaAllah.